Thursday 20 March 2014

Pengenalan

Teks : Adila Borhan

Assalamualaikum. 

Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama sebenar saya Nur Adila Borhan atau lebih dikenali sebagai Eylaa Adylla atau Ila. Saya dilahirkan di Klinik Sulaiman, Gombak, Selangor pada 13 Mei 1994. Disebabkan ibu dan ayah saya bekerja, dari lahir sehingga usia 9 tahun saya dibesarkan di Gombak bersama nenek dan arwah datuk. Pada usia saya 9 tahun, saya berpindah dan duduk bersama ibu ayah semula di Shah Alam, Selangor. 

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Setia, Gombak pada tahun 2001. Kemudian saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2), Shah Alam pada tahun 2003 dan mencapai keputusan UPSR pada hujung tahun 2006. Pada tahun 2007, saya mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Shah Alam dan mencapai keputusan PMR pada hujung tahun 2009. Setelah itu, saya menyambung pelajaran di salah sebuah institusi di tengah ibu kota iaitu Head To Toe Beauty Theraphy Academy. Disini saya memilih bidang kecantikkan dan pengurusan spa selama 1 tahun. Tamat sahaja pengajian disini, saya mendapat tawaran belajar di Perantis Giat Mara selama 6 bulan. Selama 6 bulan juga saya praktikal di salah sebuah Butik Pengantin di Seremban. 

2011 merupakan pengalaman pertama saya bekerja. Saya mula bekerja dan menimba pengalaman kerja di salah sebuah Spa terkemuka di Subang Jaya, Selangor. Setahun sahaja saya disitu mencari rezeki dan pengalaman, setelah itu saya meletakkan jawatan hanya kerana ingin menjadi usahawanita berjaya dari rumah. Lama juga saya menanam anggur dirumah sambil berbisnes online secara kecil-kecilan. Hujung tahun 2013 saya mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah negeri kelahiran ibu saya, Negeri Sembilan. Suasana baru, semangat baru setelah pindah disini. 

Pelbagai perniagaan telah saya ceburi, segala jenis Multilevel Marketing (MLM) dah pun saya cuba, namun semuanya menemui kegagalan kerana ceteknya ilmu tentang pengurusan perniagaan. Sehingga kini saya bertemu kembali dengan kakak angkat saya di facebook setelah berapa tahun terputus hubungan dan tidak bertemu. Beliau lah yang bertanggungjawap memasukkan saya di dunia Jamu Susuk Dara ini dengan menempatkan diri saya sebagai agen bawahan beliau. 

Disini juga bermulanya langkah saya untuk belajar lebih lanjut tentang pengurusan perniagaan dirumah atau lebih dikenali WAHM SOHO. Minat yang dulunya pada kecantikkan semakin pudar, kini saya beralih arah dan lebih terjerumus pada perniagaan online dirumah sahaja. Dengan hanya duduk dirumah, masa saya lebih banyak dikongsikan bersama keluarga dan mudah untuk merancang kesana kesini pada bila-bila masa sahaja. Syukur alhamdulilah, saya diperkenalkan oleh kakak angkat saya dengan Akademi Bekerja Di Rumah. Disini juga saya belajar cara pengurusan SOHO bagi WAHM, walau pada hakikatnya saya belum lagi menjadi ibu. Banyak yang perlu saya belajar lagi untuk menjadi salah seorang WAHM yang berjaya pada suatu hari nanti, Insyaallah. 

Rasanya cukup sampai disini sahaja pengenalan saya, Insyaallah bertemu kita pada entri-entri seterusnya tentang perkongsian cerita serta tips kebahagiaan dan kecantikkan bersama Jamu Susuk Dara . Semoga perkongsiaan saya nanti memberi manfaat untuk semua pembaca yang singgah di blog saya yang tak seberapa ini.

No comments:

Post a Comment